Saturday, June 20, 2015

Pertama Kali

Pertama Kali – Seminar ASEAN Di Bangkok, Thailand
Saawadikaaap.. khap khun khaaap.. ikan siakaaap.. tarikh 23 Januari 2011 merupakan hari ini dalam sejarah hidup saya memandangkan pertama kali keluar daripada tanah air tercinta. Walaupun perjalanan ke Bangkok tidaklah sejauh ke KK atau Tawau, tetapi ia tetap mengukir sejarah tersendiri. Ini secara otomatiknya saya terpaksa memohon passport buat kali pertama. Ramai kawan2 membuat tekaan bahawa saya kerap kali ke luar negara.. sebenarnya, ini adalah kali pertama sejak dilahirkan di muka bumi ini 28 tahun yang lepas..
Pertama Kali – Tiket Flight Kelas Bisnes
Alhamdulillah. Dapat juga saya untuk merasai pengalaman menaiki penerbangan kelas ini. Pada masa yang sama, saya juga diberi peluang untuk merasa sendiri suasana golden lounge (tempat yang boss saya mendakwa penyebab utama peningkatan berat badannya). Jadi saya bertolak awal bersama dengan rakan sekerja Shira untuk menikmati makanan yang disediakan di golden lounge tersebut. memang diakui pilihan makanan agak banyak sehinggakan saya rambang mata. Malangnya saya terpaksa rizabkan sedikit ruang untuk makan semasa dalam penerbangan. Memang agak istimewa layanan yang diberikan kepada penumpang kelas bisnes. Sehinggakan saya tidak larat untuk makan. Bagi saya kelas bisnes adalah berkaitan dengan terma “ruang” iaitu, ruang tempat duduk agak luas; ruang masa agak terhad memandangkan terlalu banyak makanan dihidangkan; dan ruang perut perlu dirizabkan supaya dapat menikmati pelbagai hidangan.
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok kira-kira jam 420 petang selepas 2 jam penerbangan. Ini bermakna kami dapat jimat masa satu jam kerana perbezaan masa antara Malaysia dan Thailand. Kami terus dibawa ke Amari Watergate Hotel di Pratunam, Bangkok. Saya sungguh bertuah kerana mempunyai kawan yang bekerja di Bangkok iaitu En. Boniface yang sudi membawa saya, Shira dan kawan baru dari KPWKM, Mazlan untuk menikmati makanan muslim di Sukhumvit. Saya berasa agak kurang selesa dengan suasana trafik dan cara pemanduan kenderaan yang agak luar biasa berbanding dengan Malaysia. Tetapi ada positifnya iaitu mereka tidak suka membunyikan hon dan kurang baran berbanding pemandu kita.
Hotel
Saya telah diberikan bilik di tingkat ke-27 dan suasana bilik agak eksekutif dengan harga 2800Baht. Tetapi agak sunyi sekiranya hanya tinggal keseorangan dalam bilik yang luas.
Bengkel “Regional Workshop On The Asean (Azean) Roadmap for The Attainment of The MDGs”
Hari pertama hanya untuk mendengar sahaja. Manakala hari kedua pula diadakan perbincangan kumpulan di mana saya dipaksa untuk bercakap bahasa asing walaupun saya mengidap sindrom “halangan bahasa”. Dapat diperhatikan juga, negara-negara agak maju seperti Jepun, Brunei, Singapura dan Malaysia kurang bercakap. Sebaliknya, banyak sesi dikuasai oleh negara-negara yang serba kekurangan. Kekadang terasa juga nak memberi pesanan yang kurang bercakap dan banyak berfikir adalah lebih baik.
Jalan-jalan Cari Makan dan Beli Belah
Selepas bengkel hari pertama, kami berlima diketuai oleh Dr. Safi (KKM – merangkap ketua delegasi), Pn Rafliza (DoS), Mazlan (KPWKM), Shira dan saya bersama-sama menapak ke kawasan Petchaburi untuk menikmati makanan yang dijamin halal. Selepas makan, kami terus mara untuk ke MBK untuk mencari barangan cenderamata. Pasaraya tersebut merupakan antara yang terbesar di kota ini. Saya cukup rasa bersalah apabila secara tidak sengaja memecahkan satu barang yang dikategorikan sebagai “Once broken considered sold”. Penjual tersebut menyuruh saya membayarnya dengan 85baht. Namun saya cukup bertuah, ketika saya sedang mengira duit untuk membayar, tauke kedai tersebut memanggil penjual tersebut. Untuk berlaku adil, saya membeli barangan di kedai tersebut, tetapi tidak membayar barangan yang pecah tadi. Saya dengan pantas membayar barangan kepada jurujual lain yang tidak mengetahui insiden tersebut. Saya beredar dengan rasa penuh bersalah.
Pada hari kedua pula, Shira tidak menyertai delegasi kami untuk mencuba kedai makanan muslim yang lain pula tetapi hanya bersebelahan dengan kedai semalam. Seterusnya kami terus ke Pasar Pratunam untuk membeli barangan yang sepatutnya. Semasa perjalanan balik, saya terserempak dengan seorang pemuda yang bertanyakan sama ada mahu menaiki teksi atau tidak. Saya menidakkannya. Seterusnya dia menawarkan sesuatu benda yang boleh menggoncangkan iman sambil menunjukkan gambar-gambar yang haram dipandang. Nasib baik suasana agak gelap, jadi saya tidak nampak dengan jelas pemandangan tersebut. Pada masa yang sama, saya adalah rabun malam. Ada hikmahnya. Sungguh mencabar berada di kawasan sebegini. Syabas untuk umat Islam yang berada di sini dan dapat mengelakkan daripada terjebak dengan aktiviti haram tersebut.
Pemerhatian
Dapat diperhatikan bahawa gelagat orang Bangkok yang begitu menghormati para pelancong asing. Sehinggakan saya agak berani untuk berjalan-jalan sekitar bandaraya tersebut. Malah saya akui bahawa rasa takut saya agak kurang berbanding berjalan keseorangan di sekitar bandaraya KL. Itu lah realitinya. Selain itu, kemahiran berbahasa Inggeris para peniaga adalah agak menakjubkan walaupun tulisan mereka agak unik dan pelik serta tidak sama dengan kebanyakan negara. Mungkin mereka seringkali berkomunikasi dengan para pelancong asing. Thailand juga menggunapakai bahasa Inggeris Amerika yang sedikit sebanyak mempunyai perbezaan perkataan tertentu sekiranya kita kurang menelitinya. Merata-rata tempat dapat kita temui kedai-kedai ‘dadah’ atau dalam bahasa Inggeris Amerika (Drug Store) atau sama dengan farmasi di bumi kita.
Kita juga tidak perlu terkejut di bandar Bangkok seolah-olah bandar jajahan Jepun kerana merata-rata tempat kita akan temui kenderaan buatan negara matahari terbit tersebut. Saya berani katakan bahawa daripada 10 buah kenderaan melintasi anda, 5 atau 6 adalah merupakan Toyota Corolla Altis. Ini kerana kereta model tersebut disamakan dengan Proton Iswara/Wira di negara kita yang dijadikan sebagai teksi. Walau bagaimanapun, agak jarang kita dapat melihat kereta model Vios walaupun pemasangannya dibuat di negara ini.
Suasana trafik dan aliran kenderaan agak lancar walaupun isipadunya agak tepu atau 3 kali ganda isipadu kenderaan di KL. Saya amat tertarik dengan sikap para pemandu di sana yang sangat susah untuk membunyikan hon walaupun saya merasakan mereka patut berbuat demikian. Satu pelajaran yang amat berguna untuk saya. Saya merasakan anda mungkin susah untuk tertidur di dalam kereta kerana perlu sentiasa bersedia untuk membrek secara mengejut. Kenderaan agak senang hati untuk keluar atau masuk simpang dengan harapan anda memberikan laluan. Tetapi mereka tidak membunyikan hon. Patut la kenderaan di sana agak canggih dan moden, kalau kereta biasa agak kurang mampu untuk melakukan brek kecemasan dalam keadaan yang genting.
Ketika kami dalam perjalanan ke hotel penginapan, kami terserempak dengan kumpulan Baju Merah atau kumpulan yang anti kerajaan. Pengiring kami memberitahu bahawa kumpulan tersebut terdiri daripada golongan bijak pandai dan profesional. Mereka hanya mengadakan demonstrasi pada hujung minggu sahaja. Semasa suasana darurat dulu, ramai menganggap kumpulan tersebut adalah agak ganas dan agresif. Sebenarnya mereka agak profesional, cuma terdapat tindakan provokasi beberapa pihak sahaja yang membuatkan mereka turut terjebak.

Sunday, January 16, 2011

16 Mei 2010 - 5th Malaysia International Ekiden Run 2010 – Relay Marathon

Pada 16 Mei pula kami menyertai larian ini bersama dengan seorang muka baru dalam pasukan kami.. ini merupakan tahun kedua pasukan kami menyertai larian ini yang diadakan setiap tahun di Putrajaya.. walaupun Abang Ghani terpaksa menarik diri di saat-saat akhir, namun kami bersyukur kerana ada pengganti yang membuat kemunculan kali pertama iaitu Leen.. ini juga merupakan kali terakhir salah seorang ahli pasukan kami iaitu Mr Chakra berlari sebagai satu pasukan.. paling seronok saya dapat berlari laluan yang agak jauh berbanding dengan ahli pasukan yang lain..

Mr Chakra merupakan pelari pertama , Mr Edwin pula pelari ketiga, Leen pelari ketiga, saya pelari keempat dan Fatahah pelari terakhir.. pasukan kami berjaya menamatkan larian sejauh 15km di kedudukan 43 dan memperbaiki kedudukan berbanding tahun lepas iaitu 47.. tahniah kepada semua dan jumpa lagi tahun depan.. terima kasih kepada Mr Chakra dan selamat maju jaya yang akan bertukar keluar daripada KKLW.. semoga kita dapat berlari bersama-sama lagi..


Pasukan KKLW:
Dari kiri; Rohana, Fatahah, Edwin, Saya dan Azleena
Tiada dalam gambar: Bro Ghani n Mr Chakra Kamal Hassan

2 Mei 2010 - Larian Bersama Bomba (World Firefighters’ Day) Kali Ke-8


Keluarga kami

Pada 2 Mei pula saya menyertai larian ini bertempat di Dataran Merdeka. Kali ini saya turut membawa keluarga saya ke sana untuk memberikan sokongan padu kepada saya. Walaupun perjalanan awal pagi tersebut membuat kami sesat seketika, namun kami berjaya sampai di lokasi kejadian sebelum ianya bermula.. ini juga merupakan kali pertama saya berlari mengelilingi kota metropolitan KL.. paling tidak di sangka terjumpa pegawai yang menjadi fasi kami semasa Modul Bomba ketika DPA pada tahun 2007 lalu.. saya sempat berpatah balik dan bersalaman dengan mereka sebelum meneruskan larian saya..

Saya terpaksa berpuas hati dengan menamatkan larian dengan catatan 1 jam 14 minit dan 22 saat.. paling saya teruja dapat meraikan bersama-sama keluarga kecil saya..


Baju rasmi

18 April 2010 - Chap Ayam Runners @ Perdana Lake

Pada 18 April pula saya bersama dengan Edwin dan Fatahah menyertai larian yang dianjurkan oleh geng pelari tegar iaitu Chap Ayam Runners.. walaupun pada asalnya larian ini dianjurkan khas untuk ahli-ahli CAR, tetapi bukan ahli juga digalakkan serta.. ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke taman tasik ini.. hehe


Akif dan Abah

Selepas berlari

Larian tersebut perlu melalui 3 pusingan taman tersebut bagi lelaki dan kategori perempuan pula perlu berlari 2 pusingan sahaja.. laluannya agak mencabar memandangkan terpaksa mendaki anak tangga dan juga bukit yang agak tinggi ( time ni memang pancit la.. so banyak jalan daripada berlari..). Catatan masa yang mampu dibuat adalah 1 jam 22 minit dan 17 saat.. banyak masa terbuang kerana berlari sambil bersembang dan menikmati keindahan alam..




Medal dan baju rasmi kejohanan

Saturday, November 6, 2010

9 April 2010 - Cuti-Cuti Malaysia

Setelah lama tidak bercuti dan memakan angin, kami telah memilih Cameron Highland sebagai destinasi untuk menenangkan fikiran. Kali terakhir saya ke CH adalah semasa fasa awal saya di KKLW pada tahun 2006. Pada 9 April lalu, selepas waktu kerja kami terus ke Ipoh dan bermalam di sana. Seawal jam 9 pagi kami telah bertolak melalui Simpang Pulai dan tiba di sana jam 11 pagi. Kami telah disambut oleh kawan lama saya Mr. Suresh yang sudi menyewakan apartment beliau di Puncak Arabela, Tanah Rata untuk satu malam. Suasana sudah banyak berubah terutamanya daripada segi pembangunan fizikal bandar. Tetapi hembusan angin masih lagi dingin walaupun ramai orang memperkatakan CH semakin kurang sejuk.


Akif kegembiraan

Aktiviti bermula pada sebelah petang iaitu membeli belah di sekitar Kea Farm. Selepas itu, kami sempat bersiar-siar sekitar taman permainan dan juga joging (sebagai persediaan untuk Chap Ayam Runners 10km). Kemudian singgah di pasar tani di Brinchang. Pada malam pula kami hanya berehat. Pada keesokan harinya, seawal jam 7 pagi kami telah keluar untuk menghirup udara yang segar di sekitar taman berdekatan. Suasananya masih lagi sejuk dan nyaman. Kemudian kami sekali lagi ke Kea Farm untuk membeli beberapa barangan. Setelah hampir 24 jam kami berada di CH, kami bertolak pulang ke Putrajaya melalui laluan yang agak mencabar iaitu Tapah. Inilah pengalaman kali pertama saya memandu dan merasai sendiri cabaran liku-liku jalan ini. Alhamdulillah Ummi dan Akif tidak mabuk kerana dek jalan yang bengkang-bengkok dan selamat tiba ke destinasi.


Keluarga kami

4 April 2010 - Hari Sukan Sekolah Akif

Pada 4 April 2010 berlangsung pula hari sukan untuk bayi2 n kanak2 riang Nurseri Generasi di dewan komuniti Presint 9. Kalau ikutkan umur Akif, beliau sepatutnya menyertai pertandingan dalam kategori bayi2 yang pandai merangkak. Tetapi Akif diberikan tiket ‘wildcard’ untuk menyertai acara pakaian beragam. Kami telah memilih tema hari-harimau untuk Akif. 


Kami bertiga


Gaya seorang pemenang..



Hadiah yang diterima selain medal Emas 916

27 Mac 2010 - Energizer Night Race Cyberjaya 2010

Pada 27 Mac 2010 (Sabtu) lalu, satu lagi acara larian yang diadakan pada waktu malam selepas Putrajaya Night Marathon iaitu Energizer Night Race yang telah diadakan di Cyberjaya. Seperti biasa, Mr Edwin dan Pn Fatahah juga turut menyertai larian ini dan kami masih memilih untuk berlari setakat 10KM sahaja.. Paling awal dilepaskan adalah acara Full Marathon (42KM) yang bermula seawal 6 petang dan diikuti dengan Half Marathon (21KM).. Manakala acara kami dilepaskan tepat jam 9 malam..
Walaupun bayaran untuk menyertai larian ini adalah agak mahal (RM60) berbanding dengan larian lain, tetapi memang berbaloi-baloi memandangkan kit perlumbaan terdiri daripada baju berjenama Adidas bersama dengan lampu kepala yang terangnya mengalahkan lampu suluh..
Kelebihan berlari pada waktu malam adalah anda tidak akan merasa jaraknya agak jauh kerana suasana yang begitu gelap walaupun dibekalkan dengan lampu kepala yang terang.. Saya merasakan larian saya kurang memuaskan kerana sasaran untuk mencatatkan bawah 60 minit gagal dilakukan.. saya hanya mampu berpuas hati dengan catatan masa rasmi 1 jam 4 minit dan 7 saat..

Lampu ini memang terbaik. Lebih terang dari lampu suluh


Bergambar dengan bateri 'bernyawa'


Edwin, Fatahah n Me

Tuesday, February 16, 2010

Sudah lama kami tidak..

Kali terakhir kami ke tempat makan ni adalah 2 hari sebelum Add ImageAkif dilahirkan.. pada malam 8 Feb (Isnin) yang lalu, kami ke tempat tersebut untuk menikmati apa yang dihajati selama ini (sebenarnya nak lari daripada asap ‘fogging’).. memang sudah menjadi kebiasaan kami menikmati makanan western di tempat tersebut.. tetapi agak terkejut kerana tempat tersebut telah bertukar pengurusan dan nama kedai.. kalo dulu Chop n Stick, tetapi skang Horse Wheel la plak.. harap2 rasa makanannya masih sama..


Nyam... nyam..

Menu sama je..

Sporting la Akif.. orang makan dia tido..

Hari Keluarga KKLW 2010

Pada pagi 7 Feb (Ahad) lepas, diadakan pula Hari Keluarga KKLW bertempat di FRIM Kepong.. Memandangkan saya sudah pulun habis-habisan pada malam tadi, jadi saya tidak berhajat untuk menyertai sebarang permainan.. tambahan pula, penat n sakit lutut semalam masih lagi terasa.. cukuplah datang sekadar untuk berhibur dan bersua muka dengan rakan2 seKKLW yang lain.. seawal 646 pg kami sudah bertolak dari rumah dan tiba di lokasi kira2 44 minit kemudian.. saya telah dimasukkan dalam rumah merah.. dimulakan dengan senaman robik dan disusuli dengan perasmian dan permainan sukaneka.. selepas senaman robik, kami berpindah ke bawah khemah masakan kerana suasananya agak sejuk.. tambahan pula senang untuk Akif nak tido dan menyusu..

Oleh kerana suasana di kawasan tersebut sangat “mesra makanan”, kami hanya duduk dan menikmati makanan sahaja.. kalau ada yang bertanya, kami hanya menjawab “kitorang datang nak masuk acara makan2 saja.. huhu” tapi memang ada benarnya.. selepas menikmati nasi lemak dan mihun sebagai sarapan, kami kemudian mencuba ABC.. menu seterusnya adalah laksa, diikuti dengan kuetiaw, dan rojak buah serta kuih kaya.. tidak cukup dengan itu, kami diberikan kupon untuk mengambil bungkusan nasi goreng dan sosej.. pendek kata, itulah aktiviti hari keluarga kami..
Akif turut menjamu selera.. hehe
Menu 1: Mihun + nasi lemak (xde gamba)
Menu 2: ABC

Menu 3 : Laksa
Menu 4 : Kuetiaw
Menu 5 : Rojak buah
Menu 6 : Kuih kaya
Kantoi.. sepasang suami isteri sedang asik makan.. hehe



Akif n Abah sebelum bertolak pulang..

Putrajaya Night Marathon 2010

Pada malam 6 Feb (Sabtu) lepas saya dan kawan2 yang meminati bidang yang sama (Edwin, Chakra, Abg Ghani, Fatahah n muka baru iaitu Ana n Aimi) telah bersama-sama menyertai larian ini sejauh 7.7km.. ini adalah larian kali pertama saya pada tahun ini setelah terlepas beberapa kejohanan dalam bulan Januari.. selain itu, larian ini juga merupakan kali pertama dalam hidup saya selama 27 tahun diadakan pada malam hari.. ini sekaligus menguji ketahanan fizikal dan mental saya untuk menamatkan larian tersebut.. tambahan pula, ini adalah kejohanan yang pertama kali dianjurkan sempena Hari Wilayah Persekutuan.. jadi tidak hairanlah bilangan peserta yang terlalu ramai iaitu 3 ribu lebih untuk kategori ini.. sebagai bonus juga, yuran larian ini adalah paling murah iaitu RM10 sahaja..

Malam tersebut, kami cukup berdebar-debar memandangkan masing-masing belum pernah menyertai kejohanan yang dilangsungkan pada waktu malam.. ditambah pula dengan peserta yang sangat ramai, saya mula kurang yakin untuk dapat pingat (top 400).. tetapi saya tetap akan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkannya.. oleh kerana permulaan kami berada agak terkebelakang dan peserta yang bersesak-sesak, jadi terpaksa berjalan kira-kira 200 meter sebelum dapat memulakan larian.. Alhamdulillah saya bermula dengan baik dan berjaya berada di kelompok tengah2 sehingga lutut saya mula sakit.. akhirnya saya terpaksa berjalan ketika saingan memasuki 4 km..

Walau bagaimanapun, dengan bermotivasikan untuk pulang awal (nak tengok game MU jam 11) dan dapat memintas seorang budak sekolah (yang tingginya paras pinggang saya), saya cuba berlari dengan gaya ‘tempang’.. Alhamdulillah akhirnya saya dapat memecut ke garisan penamat dan dapat mengurangkan keaiban kalah di tangan seorang budak kecik yang tak tau penat.. yang paling tidak disangka saya ‘termasuk’ dalam top 400 iaitu di ranking ke-354 dengan catatan masa 50 minit dan 43 saat.. memang sukar dipercayai n saya menganggapnya sebagai nasib baik.. kawan2 lain yang mendapat pingat ialah Abg Ghani (Ranking 100 lebih), Chakra (200 lebih) n Edwin (339).. tahniah juga kepada pelari2 wanita yang dapat menamatkan larian walaupun tidak berjaya mendapat pingat.. harapan saya semoga semuanya tidak berputus asa untuk menyertai kejohanan yang akan datang.. kita jumpa di Energizer Cyberjaya Night Marathon (10km) pada 27 Mac depan.. semoga kecederaan lutut saya akan sembuh mengikut jadualnya.. sekian, laporan saya untuk makluman semua..



Akif pun nak pakai medal..



Suatu hari nanti Akif akan ikut jejak Abahnya.. InsyaAllah..

akhirnya berjaya gak.. me n Mr. Edwin..

Kembali Selepas Tiga (3) Tahun

Saya masih ingat lagi masa mula2 bekerja dulu.. pada 5 November 2006, saya telah diarahkan oleh SUB ketika itu untuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Pemantau Negeri (PPNg) Sabah buat sementara waktu.. saya memang berharap sangat supaya penempatan saya di sana dalam waktu yang singkat.. pada ketika itu ofis saya bertempat di Pejabat KEMAS Negeri.. memang ganjil sesangat kerana semua staf KEMAS saya tak sempat berkenalan.. maklum la asik keluar melawat projek je.. masuk menyelinap macam orang luar je.. bawak helmet Apollo satu.. mengalahkan despatch.. huhu



Pada 22 Januari 2010 yang lepas, saya berkesempatan untuk melawat kembali ofis lama saya tu.. tapi keadaan memang sudah berubah.. walaupun masih dalam bangunan yang sama, layout ofis memang berbeza yang menyebabkan saya pun sesat.. rupanya sudah tiga tahun saya meninggalkan ofis lama saya.. hehe

Nikmat Tak Ternilai


Alhamdulillah.. pada 11 Januari lepas, saya telah diberikan nikmat yang tak ternilai iaitu dipanjangkan umur ke 27 tahun.. harap2 saya akan menggunakan nikmat ini untuk kebaikan diri saya dan orang lain.. kalau ikut perancangan ketika saya berada dalam zaman remaja dulu, saya ingin berkahwin pada usia ini.. tapi sekarang ni saya sudah beranak dua.. syukur sesangat... tahun lepas kami hanya berdua meraikannya.. tetapi tahun ni bersama Akif 3C (Cutie Chubby Cheeky)..


Pada hari tersebut, isteri saya telah membawa saya makan di Kenny Rodgers Alamanda.. selepas saje solat maghrib kami ke sana.. cam biasala kalo saya makan tempat ni.. mesti kene makan nasi gak.. tapi xtau la nape la malam tu saya rasa sangat kenyang.. nak ngabiskan makanan pun x larat.. terima kasih my wife n Akif kerana teman Abah makan..
inilah aset yang tak ternilai..
Akif sukar berjauhan dengan Giraffe nya..
Muka kebuluran... huhu
Raut wajah seorang pemuda berusia 27 tahun..


Akif anak Abah.. tang mana yang sama ye..

Monday, December 14, 2009

Balik Kampung Sempena Hari Raya Idul Adha 1430

Salam n selamat sejahtera,

pada 26 November (Khamis) lalu, kami mengambil keputusan untuk bercuti supaya dapat balik kampung saya awal dengan menaiki flite.. maklumla, kalo bawak kete sememangnya jam teruk la coz orang Kelate ni memang suka blk kampung time raya Qurban (atau istilah Kelate 'Ghayyo Aji').. tambahan plak musim banjir.. takut ada jalan2 yang x bleh dlalui plak.. so to play safe, kami memilih utk terbang walaupun kosnya agak tinggi.. tapi yang paling penting dapat sampai ngan selamat n kurang penat.. kami memang da lama menyimpan hasrat untuk membawa Akif balik Kelate untuk kali pertama sejak dilahirkan pada 19 Jun lalu..

Flite kami semasa perjalanan ke kampung menaiki AirAsia iaitu flite pertama untuk ke sana.. seawal jam 444pg kami telah bangun utk bersiap sedia ke LCCT (my bro kata LCCT ni “Low Class Carrier”).. utk ke sana pastinya perlu menaiki ERL (sebagai langkah penjimatan).. pada jam 515pg saya call teksi utk ke Putrajaya Sentral (PS).. tetapi malangnya masih tiada satu pun teksi yg standby.. so saya drive je la walaupun rasa kurang selamat utk meninggalkan kereta kt PS.. kami menaiki 1st train iaitu tepat jam 550 pg utk ke ERL Salak Tinggi.. seterusnya menaiki shuttle bus yg siap sedia menunggu kami n perjalanan mengambil masa kira2 30 minit utk ke LCCT..

Sampai je kat sana, memang tepat apa yang abang saya cakap (LCCT bermaksud “Low Class Carrier”).. sesaknya tak ubah macam kat Puduraya masa waktu puncak.. dulu masa saya datang xdela sesak camni.. mungkin mereka mempunyai tujuan sama ngan kami iaitu balik kampung.. nak mencari kaunter check in pun bukan main susah lagi.. terpaksa kena bertanya dengan staf kat kaunter depan.. pas je check in, kami terpaksa bergegas mencari surau utk solat subuh (masa kami keluar rumah waktu belum masuk lagi..). masa nak masuk ke dalam boarding, kami terserempak ngan Dato’ Pa yang menaiki pesawat yg sama ngan kami..

Agak susah la sket coz kami terpaksa memanjat tangga yang agak tinggi bagi menaiki pesawat.. saya xde masalah, tapi my wife susah sket coz kene berhati-hati bawak Akif yang comey tu.. masuk je dalam flite, seat yang saya telah di reserve di’hijack’ oleh orang lain.. patutnya kami dapat window seat, tapi tpaksa mengalah sebab orang sentiasa berfikiran AirAsia=Free Seating.. sebenarnya kita boleh reserve seat dengan menambah RM10 (kalo x silap).. so xdapat la nk amik gambo Akif dalam flite.. tapi sib baik gak, sepanjang perjalanan Akif tido nyenyak smpai ke airport..

Kami balik ke Putrajaya pada 30 November (Isnin) dengan menaiki flite MAS plak.. sib baik kami dapat seat 1st row n window seat plak tu.. dapat la berposing sket2.. so bertuah la Akif coz baru berumur 5 bulan da menaiki flite.. abah dia pon 1st time naik flite pada tahun 2001 (umur 18, pegi Labuan).. Ummi dia.. ntahla.. hehe.. baru nak blaja naik flite kot.. ekekekeke
Seawal pagi Akif da bangun.. semangat tol..
Selamat sampai di Airport Sultan Ismail Petra, Kelate
Posing pada Hari Raya.. kaki sengaja x tunjuk coz pakai selipar jepun je.. hehe
Akif yang begitu teruja nak balik Putrajaya.. cepat tol tangan dia bergerak..
Sabar menunggu flite..
Akif n Ummi dalam flite MAS.. posing ngan background flite AirAsia..
Akif selamat sampai d KLIA
Akif dalam ERL nak blk Putrajaya

Benda pertama yang Akif terkam apabila sampai rumah.. Rindu kat Giraffe yang lama ditinggal

Monday, November 30, 2009

Sesat ke Parlimen..

Salam n selamat sejahtera.. hari ni adalah 1st day saya masuk semula ke ofis.. memandangkan sudah agak lama meninggalkan ofis, ditambah pula dengan banyak makan daging korban, kami satu keluarga mengalami kekalutan.. hehe
hari2 biasa Akif sangat teruja untuk ke sekolah beliau, tapi hari ni beliau asik nangis jek.. maybe da tlalu manja coz Ummi n Abah tiap2 hari main ngan beliau (sepanjang bercoti)..
pastu my wife plak tertinggal beg pam susu plak dalam kete saya.. so terpaksa la saya kene anta ke MIECC dengan menaiki kete ofis yg dpandu oleh saya sendiri.. memandangkan saya sangat yakin dengan jangkaan bahawa saya akan sesat di perjalanan untuk ke Parlimen, saya gerak awal.. nak masuk parking MIECC pon da beberapa kali pusing.. sib baik pak guard tolong tunjukkan jalan.. hehe
kemudian ke Parlimen melalui jalan yang saya x biasa.. so juz gamble je la.. setelah berpusing kira2 3 kali, akhirnya saya selamat smpai ke Parlimen tepat jam 9.35 pagi.. Alhamdulillah.. lega sangat.. da la bawak kete kurang ajar.. brapa orang da hon n angkat tangan, tapi saya wat dono je.. janji sampai sebelum kul 10.. tapi xpe la ye.. kete ofis.. bukan salah guna aset gomen, tapi da terdesak.. hehe
pengajaran: lain kali naik kete ofis yang disediakan oleh Admin..
Sekian, laporan daripada Parlimen.

Thursday, November 5, 2009

Dinner Reception Mr Kogi

Pada 1 November (Ahad) lepas saya telah menghadirkan diri ke Dinner Reception kawan se-batch, se-sidang n se-UTM iaitu Mr. Kogillavanan bertempat di Dewan Sri Melati, Bangunan PjH (sebelah Maybank Putrajaya).. My wife n Akif xdapat ikut coz diorang nak rest kat uma.. so malam tu saya carpool bersama ngan kawan se-batch iaitu En. Fazli n Cik Zuraidah.. sampai kat sana, rupa2nya ramai lagi membe se-sidang n se-batch yang menghadirkan diri.. paling best, majority kitorang sume nye Malay.. masuk je dalam dewan, sume family Mr. Kogi tengok semacam je.. hehe,, tapi pada saya, beliau memang seorang yang suka berkawan ngan Malay.. even Deepavali tahun 2007 pon kitorang datang beramai2 raya kat uma beliau.. ini la kali pertama sejak hidup selama 26 tahun saya menghadiri perkahwinan masyarakat India.. memang unik la diorang punye tradisi.. so layan je la gambo yg sempat diamik..

Acara potong kek pengantin..

Bergambo ramai2.. {dari kiri depan: Fazli -BTN (pegang baby Ustat Fadil), Aida-MOA, Feti-JPA, Ina Polis-MOF, Azi-MOF, Kak Z-KPT, Yang-KKLW, Ida-KDN, Zue-JPA, Sham-EPU, Fafai-SPA n Ustat Fadil-UDPA} {dari kiri belakang: Amin-Hubby Yang, Me, Anas-JPA} {duduk: Pengantin n wife Fafai}

Saya, Pengantin n Aida anak Pak Misran..

ni makanan saya.. untuk vegetarian.. malas nak Q panjang amik nasi beriyani biasa..

ni nasi beriyani biasa.. memang best.. tapi malas nak Q.. hehe

2009 Mizuno Wave Run

Salam.. sudah lama ya saya tak mengemaskini blog ini.. asik kemaskini SPP II jek.. huhu.. ni nak cite pasal kejadian yang berlaku pada 25 Oktober (Ahad) lepas.. Alhamdulillah skali lagi saya diberikan nikmat masa untuk menyertai 2009 Mizuno Wave Run yang telah diadakan di UPM Serdang.. asalnya larian ni 10Km je.. ntah masa bile plak diorang ni up lagi sekilo.. tapi xpe la.. janji saya n rakan seperjuangan dapat mengabihkan larian tersebut..

Macam biasa, muka-muka pelari tegar KKLW iaitu Edwin, Chakra, Fatahah n saya begitu teruja untuk masuk larian ni.. memang soronok la kalo ada geng untuk lari walaupun kami bukan lari bersama.. saya, Edwin n Chakra masuk Kategori A (Men) n Fatahah kategori D (Women).. qualifying time yang ditetapkan adalah 1 jam 45 minit, tapi medalnya hanya limited to 1200 saja.. pelarinya da almost 3000.. tapi xpe la.. xdpt medal pon xpe.. janji dapat beat qualifying time n smpai finishing line pon da cukup terbaik..

Ni la kali pertamanya dalam seumur hidup saya berlari lebih daripada 10km.. huhu.. tapi not too bad la.. sepanjang tempoh pelarian saya itu, ramai dapat saya perhatikan lelaki/wanita veteran yang langkahnya lebih laju n bersemangat lebih daripada orang yang jauh lebih muda daripada mereka.. ni la salah satu sebab saya keep on running.. malu la bro kalah ngan veteran yang da lebih separuh abad usianya.. tapi yang kecewanya, hanya sorang dua je orang Melayu kita.. saya rasa diorang masuk bukan kerana nak menang, tapi to stay fit.. sebab tu la x pelik kalo ramai warga emas Chinese yang jarang berpenyakit.. diorang memang tidak memandang enteng soal kesihatan..

Alhamdulillah.. akhirnya saya dapat menghabiskan larian sejauh 11km dengan catatan masa 1 jam 13 minit dan hanya layak dapat finishing prize je (dapat shoes bag).. tapi ok la kalo nk bandingkan dengan pelari yang dapat medal.. diorang x dapat shoes bag tu.. hehe.. sehingga ada yang dapat medal sanggup nak tukar ngan shoes bag.. medal xleh nak dipakai ke mana2.. tapi shoes bag bleh boleh (ayat2 orang frust.. hehe).. di kalangan kami berempat, hanya Edwin je dapat medal ngan masa 1 jam 3 minit.. 10 minit away from me.. (not too bad la.. huhu)

sesi makan pas penat berlari..

posing sebelum balik.. versi Flash on

posing sebelum balik.. versi Flash off

thanks Edwin.. tolong bagi pinjam saya pegang medal.. hehe